Aktiviti

SRATEGI TRADER BERJAYA

Trader yang berjaya mengharungi dunia trading mempunyai beberapa strategi yang mana boleh juga diikuti trader lain sebagai landasan atau jalan menuju kejayaan.Dan pada masa sekarang kejayaan menjadi lebih mudah kerana kita boleh mengikuti laluan kejayaan orang lain yang telah di modifikasi menjadi lebih efektif oleh generasi baru.

PENGORBANAN -Setiap perkara yang kita inginkan mempunyai harga yang perlu dibayar sama ada dalam bentuk wang ringgit,masa,tenaga,emosi dan lain-lain.Begitu juga jika kita ingin berjaya dalam dunia trading yang dikatakan sangat sukar dan memerlukan pengorbanan besar.Jika kita berjaya mengharungi semuanya maka ia akan menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan dan sebagai imbalannya kita akan menjadi seorang yang bebas kewangan dan mempunyai banyak masa terluang.Kerana apabila kita sudah sampai ke tahap ini kita hanya perlukan sedikit masa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Jadi kita sudah tentu memiliki waktu terluang melebihi orang lain yang setiap harinya membanting tulang untuk menikmati pendapatan yang hanya cukup-cukup makan.

Chart di atas menunjukkan penurunan dan kenaikkan yang berulang-ulang sehinggalah mencapai ketinggian atau sampai ke kemuncak.Dan setiap kemuncak pula akan ada jatuhan yang kecil atau yang besar.Boleh diibaratkan seperti ombak yang turun dan naik menghempas sampan atau kapal yang dalam perjalanan ke destinasi.Maka begitulah juga kita nanti yang akan mengharungi onak dan duri,jatuh bangun perjuangan untuk belajar,memperaktikkan dan memahami karenah atau tabiat market.Untuk belajar memerlukan kita berkorban masa,tenaga dan emosi,seperti masa belajar,kerahan tenaga ke tempat belajar dan mengawal emosi ketika dalam pembelajaran.

SRATEGI TRADER BERJAYAStrategi No 1.

Belajar basic trading dan buat latihan sehingga betul-betul faham sebelum mendalami ilmu trading yang lain atau sebelum mengusai sesuatu teknik.Banyak trader baru yang tergesa-gesa atau sentiasa beralih ke teknik-teknik baru sebelum menguasai basic.Setiap perkara yang kita lakukan atau buat hendaklah mempunyai atau mengusai asas yang kukuh.Seperti membina bangunan yang tinggi tapak yang kukuh mestilah di buat dahulu sebelum membina bangunan yang tinggi supaya bangunan dapat bertahan mengikut ketinggian yang di kehendaki.Bayangkan asas tidak kukuh dan bangunan yang sedang dibina boleh tumbang bila-bila masa.Samalah seperti kita belajar ilmu trading,sebelum pergi ke modul yang lebih sukar fahami dahulu asasnya,supaya kita senang memahami modul pembelajaran yang lebih sukar dan berat.Kita tidak mahu nanti di dalam memahami modul yang lebih sukar atau dalam mengusai teknik kita terpaksa bermula semula kepada pengetahuan asas.Pembelajaran basic atau asas dalam trading adalah SNR (Support and Resistance) dan SND (Supply and Demand).

SNR (Support and Resistance)

Support adalah batas lantai yang menjaga harga dari jatuh ke bawah.Umpama kita berada di tingkat atas dan mahu ke tingkat bawah maka kita akan memecahkan lantai dan membuat tangga ke bawah. Apabila berjaya menembusi lantai bawah maka lantai tadi akan menjadi siling.

Resistance pula ialah siling yang menjaga harga dari terus naik. Sama seperti support,bezanya ia perlu memecahkan siling untuk naik ke atas. Dan apabila berjaya naik ke atas maka siling tadi akan menjadi lantai yang baru.Perkara ini akan terus berlaku membentuk tangga atau wave.Lihat gambar di bawah.

Kemahiran menggunakan Support dan resistance adalah perkara yang sangat penting dalam trading,apa juga teknik yang kita pelajari semuanya berlatar belakang kan support dan resistance.Ia diibaratkan ibu kepada semua teknik yang ada di dalam dunia trading.Jika kita tidak mahir menggunakannya maka kita akan rugi masa dan sukar untung berjaya dalam dunia trading.

SRATEGI TRADER BERJAYAStrategi No 2.

Belajar menggunakan tradingview dan manafaatkan segala kemudahan dan kelebihan yang terdapat di dalam platform tersebut.

Tradingview adalah platform carta rangkaian sosial yang digunakan oleh lebih 30 juta pedagang dan pelabur di seluruh dunia untuk melihat pasaran global dan carta atau data boleh dipilih berdasarkan kaedah yang bersesuaian dengan analisa trader.Seperti trader gold banyak yang menggunakan carta dari broker Oanda, dan pair yang lain mereka menggunakan broker dari Fxcm.Broker ini mungkin tidak berapa sesuai buat masa ini di malaysia tetapi datanya amat boleh dipercayai.

Tradingview menawarkan hubungan sosial ia menghubungkan banyak trader dari seluruh dunia maka di dalamnya terdapat beribu indicator hasil perkongsian trader yang boleh diguna bersama dan cara penggunaannya ada juga yang dikongsi di dalam youtube trader tersebut.Indicator tersebut boleh di gunakan secara percuma mengikut pakej mengikut pendaftaran di tradingview. Terdapat pakej percuma dan berbayar ,pakej percuma cuma dapat menggunakan 3 jenis indicator sahaja dalam satu-satu masa.Dan pakej berbayar boleh lihat gambar di bawah.Daftar Percuma Di Sini

Perkongsian analisa dan ilmu adalah yang sangat berharga yang boleh didapati secara percuma di dalam platform ini.Ia dikongsikan oleh ramai pakar atau trader berpengalam dari serata dunia.Kita juga boleh berkongsi idea atau analisa dengan menyertai mereka di dalam paltform ini.Saya juga salah seorang yang berkongsi idea dan analisa di dalam tradingview ,anda boleh follow saya dengan nama goldanalysis dan setiap hari saya membuat analisa gold untuk dikongsi kepada pengguna tradingview. Lihat gambar di bawah.

Saya menggunakan teknik SNR multi time frame untuk membuat analisa gold ini.Kepada yang berminat hendak belajar bolehlah menghubungi saya.Jika tuan/puan tinggal berdekatan pejabat kami di johan setia klang,bolehlah datang belajar secara bersemuka sama ada belajar berkumpulan atau individu.Jika berminat boleh hubungi saya di Whatsapp

Untuk daftar akaun trading spread halus dan pengeluaran yang pantas serta broker yang boleh dipercayai boleh tekan link Daftar Sekarang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button