Aktiviti

KOMBINASI INDICATOR TERBAIK

Gabungan indicator di tradingview dan bookmap menjadikan analisa dan konfirmasi kita menjadi lebih mantap. Mari kita bahas cara untuk menggabungkan kedua-duanya dan di mana kira boleh mendapatkannya secara percuma.

Ramai traders baru mahupun yang dah lama menceburi bidang trading masih tercari-cari cara untuk memudahkan membuat analisa atau mengambil keputusan entry.Saya pun tidak terkecuali diawal penglibatan saya menggunakan dan mencuba pelbagai jenis indicator,pada saya indicator memudahkan saya melihat perubahan jumlah volatility,perubahan arah dan target profit. Cari indicator yang bersesuaian dengan teknik analisa anda supaya lebih senang faham kegunaannya.

Pada tajuk kali ini saya mahu berkongsi gabungan atau kombinasi indicator percuma yang terdapat di tradingview dan bookmap. Bookmap sebenarnya adalah berbayar dan kami berikan view nya percuma di youtube- analisa gold

GABUNGAN INDICATOR TRADINGVIEW

Di sini saya tunjukkan gabungan indicator yang saya gunakan untuk membuat analisa gold dan mencari setup serta confirmation.

  1. SUPERTREND – Dibahagian search indicators taip supertrend dan sila pilih indicator supertreng yang saya tandakan dengan bintang.Incicator ini akan mengeluarkan signal buy atau sell apabila sudah menjumpai setup mengikut setting yang telah dibuat.Pada pemerhatian saya signal buy atau sell akan wujud apabila break nya SNR. Dan saya sememangnya mencari gabungan konfirmasi apabila breaknya SNR untuk mencari arah baru market.Jadi indicator ini membuat segala kerja saya seperti mencari breaknya SNR di semua time frame.Dengan adanya indicator ini saya tidak perlu melukis snr ditime frame yang saya perlukan.Ia juga membantu saya supaya tidak ketinggalan atau terlepas pandang apabila market berubah arah. Lihat rajah di bawah….

2) LINEAR REGRESSION CHANNEL – Banyak cara boleh kita pilih untuk melihat trend semasa seperti menggunakan indicator moving average (MA) ,membuat trendline AO dan saya menggunakan indicator linear regression channel kerana ia mudah digunakan dan senang untuk melihat arah sama ada uptrend,downtrend atau sideway. Saya menggunakan setting purata 100 batang candle untuk mengetahui arah semasa. Lihat rajah di bawah….

3) STOCHASTIC RSI – Kegunaan indicator ini adalah untuk melihat sama ada over bought( harga atas 80.00) atau over sold (harga bawah 20.00) iaitu dengan melihat line yang berwarna purple. Apabila ada setup buy kita akan menunggu stochastic rsi berada di bawah iaitu over sold, dan apabila ada setup sell kita akan menunggu stochastic rsi berada di atas iaitu over bought.Line yang berwarna gold adalah line trend semasa dan apabila line purple melintasi line gold dari bawah maka itu adalah signal buy dan apabila line purple melintasi dari atas maka itu adalah signal sell. Lihat rajah di bawah….

SOP entry

  1. Apabila Indicator supertrend memberi signal sell kita boleh entry dengan dua kaedah iaitu terus sell atau menunggu pullback.Terus sell adalah high risk kerana jika price membuat pullback kita akan mengalami floating dan jika price terus pergi kita akan untung cepat. Manakala entry low risk ialah entry selepas habis pullback. Kelebihannya ialah sl adalah nipis hanya target 5 pip diluar line supertrend dan kekurangan adalah,ada masanya price tidah melakukan pullback dan kita terlepas satu entry.
  2. Untuk sell pastikan indicator yang kedua iaitu linear regression channel dalam keadaan downtrend atau menurun.
  3. Yang terakhir lihat indicator stochastic rsi membuat cross ke bawah iaitu line purple dari atas cross line gold. Keadaan menjadi lebih bagus jika line purple itu cross atas atas harga 80.00. Lihat rajah di bawah….

Nota: Untuk setup buy anda hanya perlu terbalikkan sop sell tadi.

bookmap

GABUNGAN ANALISA TRADINGVIEW DENAGN BOOKMAP

Apabila sudah mendapat setup sel dari indicator tradingview kita lihat pula bookmap untuk mengetahui adalah setup sell ini boleh berjalan tanpa halangan.

Harga semasa pada bookmap sekarang adalah 1912 dan ada satu kotak berwana oren yaitu halangan yang perlu dipecahkan.Jika kita lihat halangan ini berwarna oren dan kotaknya tidaklah panjang melebihi 1 jam maka halangan ini boleh dipecahkan oleh harga semasa. Jadi setup ini walaupun ada halangan tetapi bookmap memberitahu halangan ini tidak kuat dan boleh dipecahkan maka setup ini boleh digunakan.Harga biasanya akan membuat pullback sedikit bila bertemu dengan kotak yang panjang dan berwarna oren atau merah.

Hanya sampai di sini untuk kali ini di harap dapat membantu trader menambahkan lagi keyakinan untuk membuat analisa. Untuk melihat Live Bookmap di youtube boleh SUBSCRIBE YT analisa gold .

Saya menggunakan teknik SNR multi time frame untuk membuat analisa gold ini.Kepada yang berminat hendak belajar bolehlah menghubungi saya.Jika tuan/puan tinggal berdekatan pejabat kami di johan setia klang,bolehlah datang belajar secara bersemuka sama ada belajar berkumpulan atau individu.Jika berminat boleh hubungi saya di Whatsapp

Untuk daftar akaun trading spread halus dan pengeluaran yang pantas serta broker yang boleh dipercayai boleh tekan link Daftar Sekarang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button