Aktiviti

KEGUNAAN BOOKMAP KEPADA TRADER GOLD

Bookmap adalah senjata traders untuk melihat apakah yang bakal berlaku di pasaran atau apakah yang di lakukan oleh big-big trader di dunia trading.

Tahukah anda berapa harga bookmap???

Berapa harga sebenar untuk melanggan bookmap,pada tahun 2022 jika kita lihat di website bookmap dan pilih pakej yang berbaloi adalah dengan melanggan secara lifetime.

Pakej global lesen software adalah usd 990(rm 4300) dan belian untuk data setiap bulan adalah lebih kurang usd 43(rm 189).

Pakej global plus lesen software adalah usd 1990 (rm 8700) dan belian data sebulan adalah sama seperti pakej global.

Perbezaan antara pakaj global dan global plus adalah Key Features yang berbeza maka pakej global plus dikatakan memberi lebih kemudahan untuk traders membuat analisa atau entry.Lihat rajah di bawah.

Kami disini kami ada membuat live bookmap gold di Youtube weltrade malaysia secara percuma setiap hari isnin hingga jumaat .Di akhir artikal ini ada saya sertakan link tersebut

DEFINASI BOOKMAP DAN KEGUNAANNYA Bookmap ialah alat atau indicator yang digunakan oleh pakar institusi kewangan dalam melakukan urusniaga STOCK,INDICATES DAN FUTURES.Bookmap dikatakan hebat kerana mampu mengesan lokasi atau harga yang mempunyai kecairan@liquidity dalam bentuk HITMAP iaitu peta atau kotak yang mempunyai warna panas iaitu kuning,oren dan merah.Semakin panas warna tersebut semakin tinggilah liquidity pada anggaran harga tersebut. Bookmap juga boleh di anggap satu platform dagangan canggih yang membolehkan traders memvisualisasikan kecairan pasaran dan perolehan cerapan yang luar biasa tentang oder book.Traders boleh berdagang dengan yakin sambil melihat pasaran berkembang dalam masa 40 bingkai atau frame sesaat.Kenal pasti arah aliran dan temui corak harga tersembunyi dan fahami aliran pesanan sebelum ini

Bookmap ini juga memberi penggunanya gambaran di manakah support dan resistance,supply and demand zone,support become resistance,resistant become support,swap zone dan sebagainya.Ia juga boleh mengesan adakah ia continuation trend atau akan membuat reversal atau pullback.Jika kita adalah traders yang menggunakan kaedah di atas maka kita boleh mendapatkan lebih komfirmasi dan keyakinan sebelum memutuskan analisa yang kita buat itu boleh digunakan.

Bookmap ini sebenarnya satu tool yang boleh digunakan untuk mencari rahsia BIG TRADER@BIG PLAYER yang selalu memakan stop loss SMALL TRADERS.

  1. No 1 adalah harga gold pada masa sekarang dan harga ini bergerak mengikut harga sebenar pasaran gold cuba lewat dalam beberapa saat kerana data lain perlu dimasukkan sekali seperti data hitmap dalam rajah di atas.
  2. No 2 menunjukkan column BID iaitu buy limit yang di letakkan oleh traders atau price dimana pembeli sedia membeli,semakin besar lot oder maka semakin tinggi peluang harga akan pergi ke arah tersebut.
  3. No 3 ialah column ASK iaitu sell limit yang di letakkan oleh traders,sama seperti BID semakin besar lot maka semakin besar potensi harga akan menuju ke arah itu,
  4. No 4 ialah STHL yang bermaksud Short Term High Liquidity iaitu liquidity yang bersifat sementara tidak lebih dari 1 jam.Ianya bersifat penolah dan mampu menolak harga dari bawah ke atas atau dari atas kebawah. Bahasa mudah ialah ia mampu memecahkan harga di support atau resistance.
  5. No 5 ialah LTHL bermaksud Long Term High Liquidity ianya bersifat seperti magnet yang mampu menarik harga datang kepadanya. Bleh juga anggap kawasan ini adalah kawasan SNR yang kuat dan sukar ditembusi ,mungkin di kawasan tersebut akan ada pullback atau reversal.
  6. No 6 ialah POC bermaksud Point OF Control,ia menunjukkan level harga di mana kebanyakkan sesuatu level selesai didagangkan.
  7. No 7 ialah SVP, ia menujukkan volume yang terhasil daripada transaksi instant buy atau sell.
  8. No 8 ialah CQC bermaksud Quotes Counter Column.

CARA CARI ENTRY

Cari kawasan LTHL dan lihat pada chart mt4 atau tradingview adakah ia kawasan strong SNR. Jika ya kita boleh menunggu hingga price berada di kawasan tersebut dan mencari setup buy jika ia adalah strong support dan cari setup sell jika ia adalah strong resistance.Sebelum membuat entry buy atau sell pastikan terdapat tanda bola berwarna hijau besar mewakili buy dan bola merah besar mewakili sell. Take profit adalah di snr terdekat manakala stop loss adalah 10 ke 20 pip diluar zone entry atau zone LTHL. Di bawah ini saya sertakan penjelasan video youtube pendek cara guna bookmap.CLICK DI SINI

Hanya sampai di sini untuk kali ini di harap dapat membantu trader menambahkan lagi keyakinan untuk membuat analisa. Untuk belajar analisa dan bersama team kami sila join komuniti Tuahdc.com

Saya menggunakan teknik SNR multi time frame untuk membuat analisa gold ini.Kepada yang berminat hendak belajar bolehlah menghubungi saya.Jika tuan/puan tinggal berdekatan pejabat kami di johan setia klang,bolehlah datang belajar secara bersemuka sama ada belajar berkumpulan atau individu.Jika berminat boleh hubungi saya di Whatsapp

Untuk daftar akaun broker A book,order terus market dan tanpa manupulasi boleh tekan link Daftar Sekarang. Dan join komuniti kami untuk mendapatkan pelbagai kelebihan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button