Aktiviti

PENGETAHUAN ASAS BOOKMAP 2

RESISTANCE BECOME SUPPORT (RBR) DAN SUPPORT BECOME RESISTANCE (SBR) adalah kaedah analisa teknikal yang perlu kita kuasai sebelum pergi lebih jauh dalam memahami pergerakan bookmap dan signal yang di berikan. Bookmap adalah peta haba (heatmap) yang menggambarkan kekuatan support dan resistance pada level-level tertentu. Bacaan kekuatan level tersebut diwakili oleh warna, panjang dan kewujudan level tersebut juga perlu di pelajari dan ianya adalah bersangkutan dengan topik ini. Promosi spread rendah

Apa tu RBS dan SBR ?….

RBS ialah resistance yang telah berjaya di tembusi oleh price terbaru dan selepas itu harga kembali membuat penurunan atau pun pullback ke kawasan resistance tersebut. Dalam bahasa yang mudah di fahami apabila sesuatu bumbung telah berjaya di pecahkan maka bumbung tadi akan dijadikan lantai untuk harga pergi lebih jauh.

SBR ialah support yang telah berjaya di tembusi oleh price terbaru dan selepas itu harga kembali membuat kenaikkan atau pun pullback ke kawasan support tersebut.

Untuk memahami bookmap kita akan menggunakan analisa teknikal ini dalam mencari setup yang dapat mengurangkan resiko kerugian. Gambarajah di bawah menunjukkan teknik entry berdasarkan support become resistance (SBR) yang biasa kita gunakan. Setup atau analisa ini ada kalanya jadi dan ada kalanya fail kerana price akan pergi ke support become resistance (SBD) yang kedua sebelum turun .

Ini yang kita harapkan…. dan ianya terjadi apabila entry kita bersamaan dengan oder yang dibuat oleh market maker.

Senario pada gambarajah di bawah pula membuatkankan kita rasa terkilan kerana price kene stop loss sebelum turun ke area take profit. Tahukan kita kenapa price pergi ke arah SBR yang di atas nya dan bukan seperti pada price yang kita targetkan. Ini adalah kerana terdapat pending oder sell yang lebih besar lot nya diletakkan oleh market maker atau bank-bank besar.

Hakikatnya tidak semua SBR atau RBS yang kita gunakan menjadi,dalam kaedah entry seperti ini kita amat memerlukan tool seperti bookmap untuk mengesan adalah terdapat pending oder sell di atas entry kita. Lihat chart di bawah.

Bookmap atau peta haba terdiri dari 2 bahagian iaitu bahagian kanan merekod price yang telah berlalu manakala bahagian kanan adalah harga sekarang dan pending oder .Terdapat 3 warna yang di gunakan untuk mewakili haba dan tingkat kepanasan iaitu warna kuning,oren dan merah.

Garisan tebal merah dikenali sebagai high liquidity dan kalau panjangnya garisan merah itu adalah satu frame ia dinamakan sebagai long term high liquidity (LTHL).Contoh dibawah ini terdapat LTHL iaitu pending oder buy pada price antara 1722-1724 sebanyak 195 lot pending oder buy. Bola hijau mewakili buyer dan bola merah seller, dan kekuatan atau lot entry digambarkan dengan saiz bola tersebut. Semakin besar bola itu maka semakin banyak lot oder yang masuk secara instant.

Di bawah ini pula menunjukkan current oder book (COB) yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu upper part dan lower part.Upper part ialah bahagian pending oder sell limit manakala lower part adalah pending oder buy limit. Angka yang tertera dibahagian kiri ialah harga dan belah kanannya adalah lot oder. Jika lot oder melebihi 100 ia dikategorikan sebagai kawasan yang mempunyai liquidity yang perlu di beri perhatian dan semakin besar lot tersebut maka semakin kuat price akan tertarik kepada harga tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button