Aktiviti

PENDING ODER FOREX

Pending oder atau PO dalam istilah forex yang bermaksud meletakkan arahan buy atau sell pada masa sekarang untuk masa akan datang sesuai dengan harga yang kita inginkan.

Arahan pending oder ini terdapat di semua jenis platform sama ada Metatrader4 ,Metatrader5 ,Webterminal, Tradingview dan sebagainya.Pending oder sangat berguna kepada trader yang tidak mempunyai banyak masa untuk melihat chart atau kepada trader yang melakukan oder pada harga diskaun sesuai dengan analisa yang telah dibuat.

TERDAPAT 4 JENIS PENDING ODER (PO)

1- BUY LIMIT ialah oder yang dilakukan traders di mana telah mendapatkan setup buy dan sedang menunggu harga diskaun yang lebih rendah untuk untung yang maksima atau boleh diistilahkan sebagai menunggu harga menghabiskan pullback.Buy limit biasanya berlaku di area support yang kuat atau di area resistance become support (RBS).

BUY LIMIT

-Untuk buy limit tekan new oder di meta trader di bahagian atas sebelah kiri.

-Kemudian tekan type pada kotak tersebut dan pilih pending oder.

-Selepas keluar kotak pending oder dibahagian type pilih Buy Limit.

-Di kotak at price masukkan harga yang kita mahu buat entry buy limit.contoh pada gambarajah kita mahu buat buy bila harga memasuki zone support iaitu pada harga 1969.25. Maka masukkan harga tersebut dikotak at price.Dan target profit kita di area resistance.Maka masukkan harga 1978.52 di kotak take profit.Stop loss pula harganya mestilah di bawah kotak zone support dan lebihkan 5 pip hingga 10 pip bagi major pair atau cross pair dan 10 hingga 20 pip bagi gold.

Apabila harga semasa masuk ke area buy limit di 1969.25 maka secara automatik oder buy kita akan di laksanakan oleh platform.

2- SELL LIMIT pula ialah berlawanan dengan buy limit di mana traders mahu sell pada harga yang lebih tinggi sebelum harga membuat penurunan kembali

SELL LIMIT

-Sama seperti buy limit cuma pada bahagian pending oder di kotak type tukarkan kepada sell limit (lihat gambar di atas).

-Sell limit trader akan membuat pending oder pada area resistance yang kuat atau di support become resistance (SBR)

-Masukkan harga resistance iaitu 1979.69 di kotak at price dan masukkan harga support yang kita tandakan sebagai harga take profit.

3-BUY STOP ialah pending oder yang diletakkan di atas harga semasa yang sedang bergerak naik. Pending oder jenis ini biasa dilakukan semasa kita meramalkan sedang berlakunya continuation patterns atau continuation trend yang sedang menaik. Lihat gambarajah di bawah.

  1. Tekan new oder
  2. Pilih pending oder
  3. Pilih buy stop
  4. Masukkankan harga 2009.52 (saya gunakan harga pada shadow resistance,maaf tersalah marking support itu adalah resistance 1)
  5. Pada volume masukkan lot yang sesuai mengikut modal anda.
  6. Masukkan stop loss dan take profit (take profit saya di resistance yang terdekat)
  7. Yang terakhir tekan place.
SEBELUM PO

4-SELL STOP pula ialah oder yang di letakkan di bawah harga semasa yang sedang membuat penurunan.Pending oder jenis ini juga biasa dilakukan semasa kita meramalkan sedang berlakunya continuation patterns atau continuation trend yang sedang membuat penurunan. Lihat gambarajah di bawah.

1) Tekan new oder
2)Pilih pending oder
3)Pilih sell stop
4)Masukkankan harga 1959.79 (saya gunakan harga pada shadow support)
5)Pada volume masukkan lot yang sesuai mengikut modal anda.
6)Masukkan stop loss dan take profit
7)Yang terakhir tekan place.

selepas PO

Kepada yang berminat hendak belajar bolehlah menghubungi saya.Jika tuan/puan tinggal berdekatan pejabat kami di johan setia klang,bolehlah datang belajar secara bersemuka sama ada belajar berkumpulan atau individu.Jika berminat boleh hubungi saya di http://wasap.my/60123791045

Untuk daftar akaun trading spread halus dan pengeluaran yang pantas serta broker yang boleh dipercayai boleh tekan link https://my.weltrade.com/?r1=ipartner&r2=33258

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button