Aktiviti

PENGETAHUAN ASAS BOOKMAP 1

Apa itu bookmap? Bookmap ialah perisian dagangan (software) yang menggambarkan kecairan buku pesanan (oder book) dengan cara yang mudah difahami.Kita boleh melihat data yang sebelum ini tidak kelihatan dan evolusi terkini bagaimana untuk melihat aktiviti dipasaran dan ia membuka banyak cara baru untuk melihat corak dagangan.Banyak teknik boleh disesuaikan dengan melihat bookmap yang sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan yang akan menutupi kekurangan teknikal analisa. Promosi spread rendah dengan broker tahap A book yang lebih selamat.

Gabungan candle stick akan menghasilkan corak yang biasa digunakan untuk analisa teknikal dan yang paling utama adalah terbentuknya harga siling dan lantai yang dikenali sebagai support dan resistance. Dan ini mencetuskan banyak teknik yang boleh membuat untung dipasaran.

Untuk membuat keuntungan dalam pasaran kita akan melakukan beberapa analisa untuk meramal di manakah harga akan berhenti,memantul semula atau akan meneruskan perjalanan.

Sebelum kita mengenali cara bookmap berkerja kita mestilah tahu dahulu basic candle stick dan jenis trend yang biasa berlaku di dalam market yang dihasilkan dari pembentukan candlestick.

Bagaimana candle stick terbentuk? Di bawah ini adalah gambarajah candlestick yang menunjukkan adanya harga : OHLC

Pembukaan (open) = Harga permulaan pada setiap pergerakan candlestick

Tinggi (high) = Harga tertinggi yang pernah sampai

Rendah (low) = Harga terendah yang pernah sampai

Penutupan (close) = Harga terakhir sebelum pembentukan candle baru.

Cara pembentukan candle Bullish ialah harga bermula dari bawah iaitu open kemudian low dan high dan berakhir dengan close pada harga tertinggi.

Manakala cara pembentukan candle bearish ialah ia bermula dari atas iaitu open kemudian high dan low dan berahir dengan close pada harga terendah.

DI BAWAH INI ADALAH GRAF PEMBENTUKAN CANDLE BEARISH MENGIKUT MASA DAN HARGA

Graf ini menunjukkan pembentukan candle bermula pada jam 8 am (open price) ,pada masa itu harga bergerak naik keparas tertinggi ( highest price ) pada jam 12 pm. Selepas itu harga membuat penurunan kembali sehingga melepasi harga open price dan membuat penutupan harga di bawah open price.Dan ini membentuk candle bearish.

DI BAWAH INI ADALAH GRAF PEMBENTUKAN CANDLE BULISH MENGIKUT MASA DAN HARGA

Graf ini menunjukkan pembentukan candle bermula pada jam 8 am (open price) ,pada masa itu harga bergerak naik sehingga jam 12 pm dan membuat penurunan kembali sehingga jam 2 pm. Kemudian harga kembali membuat kenaikkan ke paras tertinggi sehingga kepada penutupan harga (close price). Ini adalah contoh candle full bullish tanpa shadow.

Contoh-contoh lain

Di atas ialah contoh jenis-jenis candle bulish dan bearish

TERDAPAT 3 JENIS TREND DALAM MARKET

Sebelum kita mencari setup atau membuat analisa ,perkara pertama perlu kita lihat adalah mencari arah market supaya kita tidak tersalah arah atau entry melawan arah market.Terdapat 3 jenis trend dalam structure market:

1) Uptrend bermaksud chart dalam keadaan menaik atau buyer lebih mendominasi pasaran.Pada pasaran yang sebegini adalah lebih baik kita mencari entry atau setup buy berbanding sell.

Gambarajah di bawah menunjukkan perubabahan arah baru dari uptrend ke downtrend yang dimulai dengan break out structure trend tersebut.

2) Down trend bermaksud chart dalam keadaan menurun atau seller lebih mendominasi pasaran.Pada pasaran yang sebegini pula adalah lebih baik kita mencari entry atau setup sell berbanding buy.

Gambarajah di bawah menunjukkan perubabahan arah baru dari downtrend ke uptrend yang dimulai dengan break out structure trend tersebut.

3) Sideway bermaksud market tiada arah lagi buyer dan seller masih mempunyai kekuatan yang hampir sama. Pada masa ini kita dinasihatkan tidak membuat sebarang entry untuk mengelakkan tersalah arah.

Gambarajah di bawah menunjukkan kebarangkalian trend akan menjadi uptrend dan juga downtrend. Pada ketika ini trader jenis scalper sahaja yang berminat untuk mencari entry dan trader intraday dan swing hanya akan menunggu break out trend ini.

Saya menggunakan teknik SNR multi time frame dan mengunakan beberapa indicator di dalam tradingview jika hendak belajar bolehlah menghubungi saya.Jika tuan/puan tinggal berdekatan pejabat kami di johan setia klang,bolehlah datang belajar secara bersemuka sama ada belajar berkumpulan atau individu.Jika berminat boleh hubungi saya di http://wasap.my/60123791045

Untuk daftar akaun trading spread halus dan pengeluaran yang pantas serta broker yang boleh dipercayai boleh tekan link Daftar Broker Yg Selamat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button