Aktiviti

BROKER TIFIA TAMATKAN OPERASI DI MALAYSIA

Bermula 30 May 2022 Tifia Markets Limited akan menamatkan operasi di malaysia segala open oder akan close secara automatik pada hari tersebut.Berita penutupan ini telah dimaklumkan oleh syarikat pada 27 may 2022 iaitu pada hari jumaat kepada semua pelanggan melalui email dan dinasihatkan menutup segala open oder dan segala bonus trading ditarik semula.

Berita penamatan operasi Tifia Markets Limited di malaysia membuatkan ramai pelanggan kecewa kerana sebelum ini pelbagai promosi diberikan kepada pelanggan seperti bonus dagangan,pertandingan dengan hadiah lumayan,pelbagai jenis akaun untuk pelabur,kursus trading dan pelbagai promosi-promosi lain kepada pelanggan.

Penamatan operasi Tifia Markets Limited di malaysia juga bakal atau membuatkan pengeluaran deposit pelanggan sedikit perlahan berikutan pengeluaran secara besar besaran dan serentak bermula semalam iaitu 27 may 2022.Trader yang mempunyai modal yang terhad mungkin akan mengalami kesukaran untuk mula trade kembali pada hari isnin depan berikutan pengeluaran yang dibuat olhk Tifia berdasarkan kepada ‘first come,first serve basic’ bermaksud siapa pertama yang mohon pengeluaran maka mereka akan dilayan dulu. Kepada yang jarang melihat email atau pemberitahuan tersebut akan terlambat memohon pengeluaran dan pastinya lambat akan dilayan oleh pihak Tifia.Penamatan operasi Tifia Markets Limited di malaysia ini tidak dapat kami ketahui penyebabnya.

notis penamatan operasi tifia di malaysia

ANTARA PENYEBAB PENAMATAN OPERASI BROKER

Setiap perniagaan ada untung dan ada rugi dan perlu melalui pelbagai pengalaman untuk membangun dan bertahan lama tetapi semuanya adalah ketentuan yang maha kuasa.

Antara sebab yang lain:

1- marketing yang lemah,tidak kosistan dan tidak mendapat kepercayaan pelanggan

2- kekurangan modal pusingan

3- kurang pengalaman dalam pengurusan syarikat atau tiada kepakaran dalam bidang tersebut

4- modal marketing melebihi keuntungan syarikat

5- atau perkara diluar jangkaan seperti perang dan bencana alam

KEPADA SAHABAT TRADERS YANG TIADA PENGALAMAN ATAU TIDAK TAHU CARA UNTUK MEMILIH BROKER YANG TERBAIK DAN SELAMAT,DI SINI KAMI BERIKAN SEDIKIT PENCERAHAN SEMOGA BERMANAFAAT

Broker yang terbaik adalah broker yang berpengalaman dan boleh memenuhi keperluan pelanggan serta kurang masalah berkaitan pengurusan syarikat.Di sini saya akan terangkan beberapa perkara yang perlu kita ketahui sebelum memilih broker.

Memilih broker yang berlesen adalah perkara pertama yang perlu kita perlu ketahui,dengan melihat di manakah alamat dan jenis lesen yang ada dalam broker tersebut.

Perkara awal dalam senarai anda adalah memastikan platform menunjukkan lesen yang sah. Sekiranya anda berada di UK, contohnya, ini adalah dari FCA (Financial Conduct Authority).Sekiranya anda tidak pasti, katakan laman web menunjukkan nombor lesen FCA. Anda boleh pergi ke platform FCA yang rasmi dan melakukan carian syarikat .FCA mempunyai peraturan dan undang-undang yang memastikan wang anda disimpan dalam akaun berasingan bukannya akaun broker.Sekiranya berlaku penyelewengan atau broker muflis kita boleh rujuk dengan badan pengawal selia yang dipercayai – seperti ASIC (Australia), CYSEC (Cyprus), dan MAS (Singapura).Langkah tersebut perlu dilakukan untuk menyelamatkan kita sekiranya ada masalah dengan syarikat berkenaan dan kita tahu di mana hendak membuat laporan.Kebanyakan broker yang mempunyai lesen adalah broker luar negara kerana ia bersifat international dan tidak banyak negara yang menyeluarkan lesen seumpama itu..Kita boleh melihat perkara tersebut di dalam website broker di bahagian perundangan syarikat.

 Broker yang berpengalaman di dalam bidangnya adalah ciri kedua yang perlu ada kerana sudah tentulah kita mencari yang berpengalaman untuk melakukan kerjasama dalam industri yang kita sedang ceburi.Kita boleh ukur pengalaman broker tersebut dengan melihat sudah berapa lama ia bertapak di dalam industri ini, sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.Kita boleh juga melihat populariti broker tersebut dengan melihat berapa banyak dan apakah pencapaian yang telah diperolehi oleh broker tersebut.

Deposit mudah,laju dan pelbagai metode sangat diperlukan oleh pelanggan atau trader kerana ada situasi kecemasan yang memerlukan deposit yang pantas seperti situasi floating yang memerlukan kita menambah dana modal untuk mengelakkan margin call (mc).Pelbagai pilihan atau cara deposit menjadikan kita mudah dan mesra penggunaannya.

 Pengeluaran pantas dan pelbagai pilihan adalah ciri-ciri yang ramai traders cari kerana jika kita sudah membuat banyak keuntungan dalam trading sudah tentulah kita hendak mengeluarkannya dengan cepat tanpa sebarang masalah.Pelbagai metode pengeluaran membolehkan pelanggan atau traders pilih bersesuaian dengan situasi,contoh orang yang tiada akaun bank boleh memohon bigpay visa untuk melakukan deposit atau pengeluaran.Maka pilihlah broker yang mempunyai kapasiti pengeluaran dan kecepatan pengeluaran yang terbaik.

Spread yang rendah di perlukan untuk mendapatkan keuntungan yang maksima tetapi sukar di perolehi kerana gold kebanyakannya mempunyai spread yang tinggi.Ini menjadi salah satu faktor yang melambatkan keuntungan kerana perlu tutup posisi melebihi kadar spread broker tersebut.Untuk melakukan siasatan broker manakah yang mempunyai spread yang rendah memerlukan kita bertanya atau mencari fakta tersebut.Broker yang mempunyai spread yang rendah mempunyai sedikit IB (introducer broker) kerana jika spread rendah maka komisen juga rendah.Jadi itu adlah faktor kenapa ramai tidak mengetahuinya kerana kurang di rekomendasi oleh IB yang mewakili broker tersebut.Dibahagian akhir nanti saya akan merekomendasikan broker yang memenuhi semua kriteria di atas.

Latihan dan seminar yang berterusan diperlukan untuk berjaya dalam trading gold kerana instrumen ini adalah yang paling laju pergerakannya dan sukar diramal.Ia memerlukan teknik yang bersesuaian dan latihan yang berterusan untuk memantapkan teknik dan kawalan emosi.Broker yang terbaik yang menitik beratkan keperluan pelanggan akan berusaha untuk mengadakan latihan secara percuma dan berterusan.

Kelajuan server adalah faktor kenapa scalping traders mengalami kerugian. Ini adalah kerana untuk membuka posisi atau menutup posisi memerlukan sever yang mempunyai kelajuan server yang tinggi supaya keuntungan adalah sama harganya pada masa kita menutup posisi.Lebih ketara jika lot yang dibuka besar dan penutupan posisi pada nilai mata yang rendah.

Liquidity provider adalah jaminan yang kedua selepas mempunyai lesen perniagaan,ianya di perlukan untuk menjamin keuntungan yang diperolehi dapat dibayar oleh broker berkenaan.Kepada traders yang mempunyai target keuntungan yang tinggi pastinya memerlukan perlindungan deposit dan kenuntungan yang bakal diperolehi.Broker yang tiada kerjasama dengan liquiduty provider biasanya akan gulur tikar jika pengeluaran keuntungan trader melebihi jumlah deposit.

Akaun islamic menjadi pilihan traders di malaysia kerana ia memenuhi ciri-ciri perdagangan islam seperti akaun free swap yang boleh mengurangkan lagi resiko kerugian selain spread yang rendah di ciri-ciri nombor 5 di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan seperjuangan,untuk menjadi seorang trader gold yang berjaya dan berpengalaman haruslah cekal menghadapi segala kepayahan dan dugaan yang datang.Traders mestilah sanggup berkorban masa,tenaga dan pemikiran dalam meningkatkan keupayaan dan kemajuan dalam dunia trading gold.Cari lah cikgu yang benar-benar boleh mengajar serta membimbing kita untuk terus berjaya.Setiap kejayaan yang terbina memerlukan kita menempuh ujian dan setiap ujian yang di tempuh akan mengangkat kita ke level yang lebih tinggi. Maka jangan cepat putus asa,teruskan belajar menghadapi rintangan dan dugaan untuk menjadi trader gold yang hebat.Setelah berjaya kita akan rasanya nikmat yang sebenar bergelar Trader Gold.

Disini saya sertakan link broker yang berjaya memenuhi ciri-ciri broker yang terbaik untuk trade .( tekan link tulisan berwarna gold ) Tekan butang pendaftaran di atas sebelah kanan untuk mendaftar.

sekian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button