Artikal Forex Dan Saham

PERALATAN UNTUK MULA TRADE FOREX

Peralatan adalah satu keperluan yang amat dititik beratkan dalam trade atau semasa proses membuat analisa market.Kegunaan peralatan yang sesuai mengikut kesesuaian seseorang juga bergantung kepada tempat di mana peralatan itu digunakan.Jom kita bahas…

1) komputer Meja(Pc) dan computer riba – sesuai digunakan di rumah atau di pejabat kerana ia bukan peralatan mudah alih dan ia mestilah ada sambungan wifi yang kuat untuk loading data system trading.Trading platform yang boleh digunakan oleh computer meja adalah seperti meta trader 4,metatrader 5,trading view dan web terminal.Untuk download platform tersebut kecuali trading view perlu melalui website broker bukannya terus melalui website trading platform.Rajah di bawah adalah contoh trading platform yang disediakan oleh broker weltrade malaysia.

Kelebihan mengunakan komputer meja (pc) ialah,paparan sangat jelas dan boleh di perjelaskan lagi jika kita menggunakan monitor yang lebih besar atau memasang 3 monitor pada satu paparan.Ramai trader yang menitik beratkan pandangan graf atau data yang luas dan banyak memilih mengunakan cara ini.Rajah di bawah ialah 2 contoh screen yang di gunakan traders.

Gabungan 3 monitor dalam satu unit PC

Paparan screen yang luas di perlukan untuk membuat analisa yang memerlukan kita melihat data,candle,bentuk atau corak pergerakan market bersesuaian dengan kaedah analisa yang digunakan oleh trader tersebut.Bagi seorang trader kita perlu melihat dan mengkaji pergerakan terdahulu untuk membuat analisa apa yang akan berlaku selepas ini. Kita boleh juga ibaratkan jika hendak mengetahui penghujung cerita atau kesudahan sesuatu cerita kita hendaklah memahami apa yang telah terjadi sebelumnya dan kita tidak boleh sambil lewa membuat keputusan tanpa mengetahui apakah rentetan peristiwa atau alasan yang boleh dijadikan sumber rujukan kejadian masa depan.

Kelemahan komputer meja (pc) pula ,ia tidak boleh di gunakan atau tidak mudah untuk dialihkan sesuka hati mengikut keperluan tempat trading kita dan ini boleh di selesaikan dengan mengunakan computer riba.Komputer jenis ini boleh dibawa ke mana sahaja,kelebihan adalah kurang sedikit iaitu paparan screen adalah terbatas.Untuk yang baru berjinak-jinak disarankan menggunakan komputer riba kerana anda memerlukan sebuah peralatan mudah alih dan sesuai untuk memulakan pembelajaran.Anda akan memerlukannya apabila menghadiri kelas-kelas pengajian dan mungkin juga perlu membawa ke mana sahaja untuk belajar membuat analisa.

Handphone android dan ios – peralatan jenis ini adalah sangat mudah digunakan dan boleh di bawa ke mana sahaja tanpa perlu risau tertinggal atau tidak ada ruang untuk membawanya.Peralatan jenis ini pada masa sekarang adalah keperluan dan hampir semua orang dewasa dan kanak-kanak memilikinya.Platform yang boleh di gunakan adalah lebih kurang sama ,bezanya adalah ia boleh di download menggunakan playstore dan ios downloader.Kekurangan peralatan ini ialah ianya agak sukar digunakan membuat kebanyakan analisa dan penglihatan adalah terbatas kerana screen terlalu kecil.

Selain daripada itu tab juga boleh digunakan untuk paparan yang sedikit besar dari handphone dan platform yang digunakan adalah lebih baik dari handphone.

Sampai disini sahaja untuk bahagian ini dan jumpa lagi di bahagian selanjutnya.Jika anda berminat belajar secara bersemuka boleh hubungi cikgu hafiz- http://wasap.my/60123791045

Untuk daftar akaun trading spread halus boleh tekan link https://my.weltrade.com/?r1=ipartner&r2=33258

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button