Aktiviti

FOREX UNTUNG,BAGAIMANA?

SIAPAKAH YANG UNTUNG

1- Forex untung kepada trader yang mengamalkan kaedah-kaedah yang betul dan sudah melepasi tahap consistent dalam trading.Dan untuk melepasi tahap ini memerlukan pengorbanan dan cara yang betul dalam mengharunginya.Kepada trader yang sudah sampai ketahap ini bagi mereka wang amat mudah di cari dan masa untuk diri sendiri dan bersama keluarga pun bertambah,

2- Forex untung kepada yang mempunyai guru yang mahir dan tahu selok belok trading serta boleh mengajar dan membentuk anak didiknya dengan cara memberi kefahaman dan mengajar peringkat demi peringkat dalam silibus trading forex dan memberi latih tubi yang boleh memahirkan anak didiknya.Dalam trading memerlukan trader belajar membuat analisa,mengawal kewangan dan juga mengawal emosi.Seorang trader memerlukan bimbingan seorang guru agar tidak tersalah arah atau tersasar dari landasan yang betul dalam mempelajari ilmu trading.

-Belajar membuat analisa memerlukan trader mempelajari beberapa perkara secara berperingkat,terdapat dua kategori analisa iaitu teknikal dan fundemental.Dalam analisa teknikal trader belajar apa itu forex,belajar menggunakan platform dan alatannya,belajar basic support dan resistance sampailah belajar teknik yang akan digunakan dalam trading nanti.Pada permulaan apabila sampai kepada pembelajaran teknik hendaklah belajar satu teknik dahulu dan memperaktikkan sehingga mahir sebelum belajar teknik atau kaedah yang lain.Manakala analisa fundemental pula ialah analisa yang lebih kepada membuat penyelidikan terhadap negara-negara yang mengeluarkan matawang tersebut.Analisa ini boleh kita lihat beritanya di dalam website forexfactory.com.

Belajar cara mengawal kewangan dalam trading forex ada penting dalam menguruskan untung rugi dalam trading.Ini memerlukan sedikit pemahaman matemetik untuk membuat kira-kira sebelum trade apakah lot yang sesuai digunakan berdasarkan modal,kira-kira untuk grow akaun dan kira-kira dalam menguruskan kewangan apabila dalam kerugian.

-Belajar mengawal emosi semasa trading dan selepas trading amat perlu supaya kita boleh consistent dan tidah terjebak dalam situasi balas dendam kepada market yang boleh membuatkan trader bertambah rugi dan marah seterusnya timbul rasa marah,sakit hati dan mungkin membuatkan trader melupakan terus bidang ini yang sebenarnya boleh mengubah nasib jika sudah sampai kepada tahap consistent dalam trading.

3- Forex untung kepada trader yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengharungi onak duri dan jatuh bangun dalam membentuk jati diri yang kental melawan emosi yang mudah mengerah kalah dan menyalahkan orang lain dalam menuju ke arah kejayaan.Dalam melalui dunia trading kita akan mengalami dan mengharungi beberapa masalah seperti kita rasa bersorangan,tertekan dalam trading dan menghadapi masalah kewangan.

-Biasanya kalau seseorang hendak mengambil langkah baru dalam mengejar sesuatu yang dirasakan orang lain mustahil membuatkan kita rasa terpinggir atau rasa semakin kehilangan kawan.Perkara ini sering terjadi dan membuatkan kita membuat pilihan antara kawan dan cita-cita.Kita perlu meneruskan cita-cita dahulu dan buktikan kepada mereka yang kita boleh berjaya seperti orang lain jika berusah gigih.Dapatkan kawan baru yang mempunyai cita-cita yang sama.Kita boleh cari mereka dilaman sosial dengan mudah dan mula berkawan dan sering bertukar pandangan dalam dunia trading.Kita boleh cari yang berdekatan dengan lokasi kita jika kita mahu kerana dunia tanpa sempadan membolehkan kita mencari dengan mudah berdasarkan munat dan lokasi seseorang.

-Pada permulaan akan ada rasa tertekan dalam trading kerana ada masa untung dan ada masa rugi.Apabila ini terjadi kita mesti membuat satu buku journal yang merekodkan gaya trading kita supaya dapat diperbetulkan di masa hadapan.Buat latihan atau backtest menggunakan software simulator atau menggunakan applikasi tradingview supaya dapat memahirkan dan menajamkan penglihatan mata kita pada pergerakkan chart nanti. Ini adalah kerana dalam pembelajaran kita rasa kita sudah faham dan apabila kita kembali kepada live chart kita akan merasakan seperti samar-samar adalah yang dipelajari sama seperti market yang sebenarnya.

-Seperti orang berniaga kita juga memerlukan modal untuk melakukan trading dan sudah menjadi kebiasaan dalam adat berniaga atau trading kita akan mengalami dahulu kerugian sebelum consistent.Kita akan melalui keadaan dimana kita akan kekurangan modal trade atau kehabisan modal.Ada dikalangan trader yang sanggup meminjam untuk terus trade daripada kawan-kawan,saudara-mara dan keluarga.Jika kita masih bekerja gunakan wang lebihan atau bonus untuk trade jangan sesekali menggunakan wang gaji.Jika kita rugi dalam trade ini akan merumitkan lagi perjalanan kita sebagai trader.

Saya menggunakan teknik SNR multi time frame untuk membuat analisa gold ini.Kepada yang berminat hendak belajar bolehlah menghubungi saya.Jika tuan/puan tinggal berdekatan pejabat kami di johan setia klang,bolehlah datang belajar secara bersemuka sama ada belajar berkumpulan atau individu.Jika berminat boleh hubungi saya di Whatsapp

Untuk daftar akaun trading spread halus dan pengeluaran yang pantas serta broker yang boleh dipercayai boleh tekan link Daftar Sekarang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button