Aktiviti

KEGUNAAN LIQUIDITY DI BOOKMAP

Apabila kita membuat analisa pasaran,ramai traders mencari zone atau kawasan yang mempunyai Liquidity atau dalam bahasa melayu kita panggil sebagai kecairan. Dalam mencari liquidity pula kita akan mencari kawasan a tau zone yang mempunyai kecairan yang tinggi.Instrument dagangan gold atau xauusd menjadi pilihan kebanyakan traders kerana mempunyai kecairan yang tinggi dan dalam beberapa jam sahaja boleh mendapatkan keuntungan yang tinggi berbanding instrument forex atau matawang.

Ramai traders tidak memahami apakah maksud sebenar atau kegunaan sebenar liquidity,traders sekadar tahu maksud kecairan dalam bahasa melayu iaitu mudah urus buy and sell dan tahu terdapatnya ramai buyer dan seller di satu-satu kawasan atau zone yang di lukis di chart. Di dalam dagangan terdapat jumlah lot besar yang menggerakkan market dan ini di lakukan oleh marker maker atau di kenali sebagai liguidity provider atau pun jerung@big boy. Market maker mempunyai sekumpulan traders elit yang membuatkan market bergerak. Kawasan atau zone liquidity sebenarnya boleh menjadi gagal jika ada pesanan palsu yang dibuat oleh market maker.

Siapakah market Maker

Market maker adalah big player atau big bank yang menyediakan 80 peratus liquidity dalam market. Bank yang terlibat ialah:

1-Deutsche bank

2-City bank

3-Barclay Invesment bank

4-USB AG

5-HSBC

6_JP Morgan

7-Royal bank of Scotland

8-Credit Suisse

9-Morgan Stanley

10-Bank of Amerika Merril Lynch

Mengesan dagangan palsu menggunakan bookmap

Dalam mencari zone atau setup yang valid memerlukan pemahaman yang tinggi berkaitan liquidity,ramai trader menggunakan pendekatan zone fresh atau zone yang akan di test akan mengalami reversal.Tetapi jangkaan ini boleh meleset jika kita tidak tahu berapa banyak lot yang di dagangkan pada masa itu.Adalah ada lot yang besar di dagangkan di atas zone yang kita ditandakan sebagai zone entry.Market maker mempunyai kelebihan iaitu boleh melihat entry traders seperti kita,mereka tahu apa yang kita lakukan. Ramai traders kecil rugi dan hanya sedikit yang untung.

Dengan menggunakan bookmap kita Jadi kita juga sudah menjadi seperti mereka,kita sudah boleh melihat di manakah entry mereka. Dan kita hanya perlu follow sahaja mereka,kerana market mereka punya dan kita mesti menjadi sebahagian dari mereka.Jika mereka melakukan fake entry kita juga boleh mengesan perbuatan mereka dengan bookmap.

Kegunaan HitMap

Dengan melihat hitmap kita boleh mengesan kawasan yang mempunyai high liquidity atau tidak dan juga boleh mengesan samaada ia adalah long term atau short term.Kawasan yang mempunyai tandaan yang merah menunjukkan ia adalah high liquidity manakala oren adalah medium dan kuning adalah low . Dan jika merah panjang melebihi 1 frame sejam ia di panggil Long Term High Liquidity jika kurang dari itu ia di panggil short term high liquidity.

Lot pada dagangan di nyatakan

Jumlah lot yang di dagangkan tertera pada sebelah harga sebaris dengan zone yang berwana tersebut LTHL atau STHL.Jika lot yang di dagangkan besar atau berlipat kali ganda dari biasa,ini menunjukkan akan ada pembalikan arah atau reversal.Kebiasaannay jika pair GOLD jika kawasan LTHL ada lebih dari 100 lot ini menunjukkan harga mungkin akan membuat reversal melebihi 100 pip.Kesimpulannya dengan melihat kawasan LTHL kita boleh membuat double confirmation pada analisa atau mapping yang kita buat .Lihat rajah di atas.

Hanya sampai di sini untuk kali ini di harap dapat membantu trader menambahkan lagi keyakinan untuk membuat analisa. Untuk melihat Live Bookmap di youtube boleh SUBSCRIBE YT Bookmap Gold.

Saya menggunakan teknik SNR multi time frame untuk membuat analisa gold ini.Kepada yang berminat hendak belajar bolehlah menghubungi saya.Jika tuan/puan tinggal berdekatan pejabat kami di johan setia klang,bolehlah datang belajar secara bersemuka sama ada belajar berkumpulan atau individu.Jika berminat boleh hubungi saya di Whatsapp

Untuk daftar akaun trading spread halus dan pengeluaran yang pantas serta broker yang boleh dipercayai boleh tekan link Daftar Sekarang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button