Aktiviti

Cara Trade Gold Guna Indicator TradingView

Penggunaan indicator yang betul boleh membantu kita membuat keputusan analisa dengan lebih yakin dan tepat.Ini adalah kerana jika kita menggunakan pelbagai kaedah atau teknik sudah semestinya kita akan sering terlupa untuk menggabungkan semua teknik atau ilmu yang kita ketahui.

Dalam dunia trading pelbagai kaedah atau teknik yang dipelajari boleh di permudahkan dengan terciptanya indicator yang direka atau di code kan mengikut keperluan analisa seseorang trader.Di dalam metatrader iaitu software trading platform terdapat indicator yang sudah disediakan oleh pencipta software berkenaan,begitu juga tradingview.

Trading view boleh di gunakan menggunakan pc,laptop dan telifon mudah alih cuma kebanyakkan trader lebih menyukai penggunaan tradingview di pc atau laptop.Rajah di bawah adalah satu screenshot dari website tradingview.

Kita boleh menggunakan website tradingview ini secara percuma dan berbayar.Untuk yang percuma kita hanya boleh menggunakan 3 indicator sahaja.

  1. Untuk mencari indicator kita perlu tekan indicators yang terletak di bahagian tengah atas sekali,seterusnya akan keluar kotak seperti di atas dan di anak panah no 1 kita kene taip apakah indicator yang kita hendak gunakan. Contoh kita nak cari berkaitan snr maka taip snr dan akan keluarlah apa saja yang berkaitan dengan snr.
  2. Anak panah nombor 2 menunjukkan tempat kita menyimpan indicator pilihan kita supaya mudah untuk kita mencarinya apabila sampai waktu untuk menggunakannya.Kita boleh menyimpan seberapa banyak yang kita mahu.
  3. Anak panah nombor 3 menunjukkan berapa ramai orang yang mengunakan indicator berkenaan.
  4. Anak panah no 4 menunjukkan apakah indicator yang sedang digunakkan dan di sana ada simbol mata yang boleh di buka dan ditutup untuk hide indicator di chat.Juga terdapat simbol x untuk membuang indicator tersebut.

Terdapat beratus atau beribu indicator yang boleh digunakan secara percuma dan carilah yang bersesuaian dengan teknik analisa kita dan setiap teknik tersebut ada berpuluh atau beratus yang boleh kita pilih.Buatlah pilihan yang bijak dan lakukan backtest untuk dapatkan manakah satu indicator yang mempunyai win rate yang tinggi. Sekian.

Saya menggunakan teknik SNR multi time frame dan mengunakan beberapa indicator di dalam tradingview jika hendak belajar bolehlah menghubungi saya.Jika tuan/puan tinggal berdekatan pejabat kami di johan setia klang,bolehlah datang belajar secara bersemuka sama ada belajar berkumpulan atau individu.Jika berminat boleh hubungi saya di http://wasap.my/60123791045

Untuk daftar akaun trading spread halus dan pengeluaran yang pantas serta broker yang boleh dipercayai boleh tekan link https://my.weltrade.com/?r1=ipartner&r2=33258

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button