Aktiviti

CARA ANALISA GOLD PALING MUDAH

Analisa dan signal nampak sama tetapi sedikit berbeza. Kebiasaannya signal memberitahu kita di mana untuk entry ,take profit dan stop loss,Berbeza dengan analisa adalah gambaran,lakaran atau teori arah tuju market menggunakan kaedah,teknik atau teori tertentu.Saya kongsikan beberapa cara analisa gold yang paling mudah untuk kita sama-sama praktiskan.

CARA ANALISA GOLD PALING MUDAH GUNA ENGULFING

Analisa ini mestilah menggunakan time frame yang besar seperti 4H,daily dan ke atas.Dan berpandukan kepada engulfing kita akan mencari kawasan entry pullback.Pada rajah di bawah menunjukkan 3 zone menunggu untuk entry buy.Jom kita bahas…

*Apa itu engulfing – engulfing ialah salah satu jenis candlestik pattern yang sangat popular digunakan oleh kebanyakan traders.Engulfing bermaksud candle di sebelah kiri ditelan oleh candle di sebelah kanan yang lebih besar dan ia menelan keseluruhan body dan juga shadow.Ia juga dikenali sebagai solid engulfing pattern yang mempunyai win rate yang tinggi. Saiz yang besar juga memainkan peranan yang boleh membantu win rate tersebut.Analisa 1 dan Analisa 2 adalah contoh yang terbaik untuk kategori Solid Engulfing kerana memenuhi ciri iaitu menelan keseluruhan body dan shadow candle di sebelahnya.Manakala analisa 3 menunjukkan candle di sebelah kanan hanya berjaya menelan body sahaya mankala shadow tidah berjaya di telan.

*Kegunaan kotak bertanda analisa – Kotak atau zone adalah tempat di mana kita menunggu harga kembali atau tempat menunggu pullback berakhir.Apabila harga sampai semula ke dalam kotak tersebut kita akan mencari peluang untuk entry buy .Dalam rajah ini adalah contoh engulfing buy atau engulfing bullish dan kita hanya mencari entry buy sahaja.Zone ini juga dikenali sebagai zone support atau beberapa nama lain yang digunakan oleh sifu-sifu mengikut teknik yang dicipta.

Kotak analisa 2 menunjukkan harga turun dan masuk semula ke dalam kotak analisa 2 dan diwaktu itulah kita akan membuat entry buy atau mencari entry buy di time frame yang lebih kecil seperti 15M dan 1H.

Terdapat 2 jenis entry buy iaitu seperti di dalam rajah analisa 2 iaitu price datang kembali di zone engulfing analisa 2,dan satu lagi entry di mana candle ke 3 akan membuat pullback terus masuk kedalam kotak entry contoh seperti gambarajah 2 dimana cande ketiga membuat pullback sehingga masuk ke dalam zone dan candle ke empat terus membuat kenaikkan. Untuk analisa engulfing sell anda hanya perlu terbalikkan saja kaedah ini.

Take profit yang selamat adalah 50 pip dari candle pullback yang paling jauh penurunannya dan gambarajah 2 menunjukkan kenaik telah mencapai 50 pip,dan resiko penurunan atau market bertukar arah boleh berlaku.

gambarajah 1
gambarajah 2

CARA ANALISA GOLD PALING MUDAH GUNA KONSEP ABC

Analisa cara ini sesuai digunakan semasa dalam keadaan uptrend atau downtrend tidah sesuai digunakan jika market di dalam keadaan sideway.

Contoh gambarajah di bawah menunjukkan market dalam keaadaan uptrend dan kita mencari peluang buy sahaja. Marking (a) menunjukkan price membuat kenaikkan,marking (b) menunjukkan price membuat penurunan dan marking (c) menunjukkan price membuat kenaikkan kembali dan melepasi ketinggian (a). Buat satu zone menunggu untuk buy menggunakan kotak ambil body high (a) dan body low (b).Apabila price kembali ke dalam kotak atau zone itu kita akan mula entry buy. cara ini sesuai di gunakan untuk semua time frame. Analisa ini juga dikenali sebagai teknik candle kapit.

Take profit boleh kita anggarkan sekitar 2 ke 3 candle menaik atau SNR berdekatan.

Kepada yang berminat hendak belajar bolehlah menghubungi saya.Jika tuan/puan tinggal berdekatan pejabat kami di bukit tinggi klang,bolehlah datang belajar secara bersemuka sama ada belajar berkumpulan atau individu.Jika berminat boleh hubungi saya di Whatsapp

Untuk daftar akaun trading spread halus dan pengeluaran yang pantas serta broker yang boleh dipercayai boleh tekan link Daftar Sekarang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button