Aktiviti

NAJIB DIPENJARA

Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah. REHAT


Satu keputusan yang besar dan berita yang amat besar bagi media. Bagi media yang membuat liputan kes ini sejak dari awal sehinggalah keputusan akhir diputuskan, akan tertulis dalam portfolio penanya sebagai wartawan yang mempunyai pengalaman membuat liputan perjalanan kes sebesar ini.

Disebalik keputusan yang sudah pun diketahui umum, elok jugalah kita jangan terlampau berlebih-lebihan.

Yang membenci DS Najib jangan serlahkan kebencian yang keterlaluan sehingga menunjukkan kita seolah-olah hilang adab dan sopan dalam bertutur dan bertingkah laku termasuk di SOSMED.

Yang menyokong DS Najib, jangan fanatik secara keterlaluan sehingga membelakangkan proses perundangan dan sistem kehakiman negara.

Setiap keputusan ini adalah susunan dan ketentuan dari-Nya.

DS Najib pemimpin berpengalaman. Jasanya pada negara tak pernah dinafikan.

Dasar ekonominya seperti pemberian tunai terus kepada rakyat sampai hari ini dilaksanakan dan dimanfaatkan lebih 8 juta rakyat.

Yang menerima manfaat dari idea DS Najib ini barangkali mereka yang membencinya hingga kini.

Banyak jasanya dalam merencana kemajuan untuk Malaysia.

Setiap sen tunai yang pernah disumbangkan beliau kepada rakyat, semestinya pernah menjadi sebahagian darah daging kita.

Setiap dasar yang diperkenal beliau, menjadi jalan untuk sebahagian besar dari kita, menikmati habuannya dengan gaji bulanan yang diterima hingga kini.

Tak usahlah kita bersorak bagai, ketika nikmat yang kita sedang nikmati hari ini datangnya dari usaha insan yang kita benci sendiri.

Pengeluaran i-Sinar & i-Citra KWSP
Pemberian BR1M
MRT
Klinik 1Malaysia
Menara TRX
ECRL
Menara PNB 118
Terminal Bas Selatan (TBS)
KTM Skypark
Pan Borneo highway
LRT 1 & 3
MRT 1
Monorel KL
UTC
KLIA 2
River of Life
Intergrated KL
TRX
Pemansuhan Tol

…dan pelbagai lagi bantuan kepada nelayan, petani, peladang, pesawah, pekerja mahir, anak muda, mahasiswa, rumah ibadah dan sebagainya.

Kita doakan DS Najib terus diberi perlindungan oleh Allah S.W.T dalam menghadapi ujian sukar dalam hidupnya ketika ini.

Terima kasih atas jasa teramat besar Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat dan negara.

‘Tragedi’ ini bukan permulaan atau pengakhiran, tapi lumrah dalam setiap kehidupan. (sumber dari media sosial)

===================================================================

Kesimpulanya ialah kehidupan ini adalah tempat persinggahan ada masam manisnya,kadang kala kita di atas dan ada kalanya kita akn ke bawah.Apa bila kita di atas maka tolonglah orang di bawah kelak apabila kita berada di bawah dan memerlukan bantuan maka orang yang pernah kita bantu saat kita berada di atas akan membantu kita pula.

Jangan mengambil jalan mudah untuk kesenangan dunia kelak akhirat akan merana, untuk berjaya dalam hidup hendaklah belajar dari bawah dan sanggup menempuhi kesusahan dan rintangan juga sanggup mengorbankan masa,tenaga dan wang ringgit. Dan apabila berjaya bantulah orang yang dalam kesusahan dan bimbinglah meraka ke arah kejaayaan.

===================================================================

Sertai kami secara percuma peluang belajar cara membuat income tambahan dari pasaran yang transaksi hariannya melebihi 6,000,000,000,000

Bebaskan diri anda pada 31 ogs ini dengan menyertai seminar bebaskan diri anda dari masalah kewangan di dunia digital.

Join group telegram untuk info lanjut. JOIN SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button